Skip to content

Sesiapa yang mengucapkan: (Tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) sebanyak sepuluh kali

Daripada Abu Ayyub RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

"«Sesiapa yang mengucapkan: (Tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) sebanyak sepuluh kali, adalah seperti orang yang memerdekakan empat orang hamba daripada keturunan Ismail»."

«مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، عَشْرَ مِرَارٍ كَانَ كَمَنْ أَعْتَقَ أَرْبَعَةَ أَنْفُسٍ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa sesiapa yang mengucapkan: «Tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu», dan maknanya ialah: Tiada yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan bahawa sesungguhnya Dia, Maha Suci-Nya, adalah satu-satunya Pemilik kerajaan yang sempurna, serta Yang berhak menerima sanjungan dan pujian berserta kecintaan dan pengagungan, bukan selain-Nya, dan bahawa Dia Maha Berkuasa, tiada sesuatu pun yang dapat melemahkan-Nya. Maka sesiapa yang mengulangi zikir yang agung ini dalam sehari sebanyak sepuluh kali; pahalanya adalah seperti pahala orang yang memerdekakan empat orang hamba daripada keturunan Ismail bin Ibrahim ‘alaihima as-solatu was-salam, dan dikhususkan keturunan Ismail ‘alaihis salam; kerana mereka lebih mulia daripada yang lain.

Antara faedah daripada hadis ini:

Keutamaan zikir ini yang mengandungi pengesaan Allah Ta'ala dalam ketuhanan, kerajaan, puji-pujian, dan kekuasaan yang sempurna.

Pahala zikir ini diperoleh oleh sesiapa yang mengucapkannya secara berturut-turut atau berasingan.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 86) (6404).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2071) (2693).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 86) (6404).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2071) (2693).

Maklumat tambahan (16)

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 533).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 399).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 465).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 703).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 533).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 399).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 465).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 703).