Skip to content

Seorang hamba telah melakukan suatu dosa, lalu dia berkata: Ya Allah, ampunilah dosaku

محاور التعريف بالإسلام
التعريف بالله تعالىصفات الله تعالى

Daripada Abu Hurayrah (RA),

Daripada Nabi SAW, menerusi apa yang diriwayatkan daripada Tuhannya 'Azza wa Jalla, baginda bersabda: "Seorang hamba melakukan suatu dosa, lalu dia berkata: 'Ya Allah, ampunilah dosaku.' Maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: 'Hamba-Ku melakukan suatu dosa, lalu dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum atas dosa tersebut.' Kemudian dia kembali melakukan dosa, lalu dia berkata: 'Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.' Maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: 'Hamba-Ku melakukan suatu dosa, lalu dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum atas dosa tersebut.' Kemudian dia kembali melakukan dosa, lalu dia berkata: 'Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.' Maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: 'Hamba-Ku melakukan suatu dosa, lalu dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum atas dosa tersebut. Berbuatlah apa yang engkau kehendaki, maka sesungguhnya Aku telah mengampunimu.'"

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فِيمَا يَحْكِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ، قَالَ: «أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْبًا، فَقَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ، وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ، ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ: أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: عَبْدِي أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ، وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ، ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ: أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ، وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ، اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam meriwayatkan daripada Tuhannya bahawa apabila seorang hamba melakukan suatu dosa lalu dia berkata: "Ya Allah, ampunilah dosaku," Allah Taala berfirman: "Hamba-Ku telah melakukan suatu dosa, lalu dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa, maka Dia menutupinya dan memaafkannya, atau menghukum atasnya. Sesungguhnya Aku telah mengampunkannya." "Kemudian hamba itu kembali berdosa, lalu dia berkata: 'Tuhanku, ampunilah dosaku.' Lalu Allah berfirman: 'Hambaku telah melakukan satu dosa, lalu dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa, maka Dia menutupinya dan memaafkannya, atau menghukum ke atasnya. Sesungguhnya Aku telah mengampunkan hambaku.'" Kemudian hamba itu kembali melakukan dosa, lalu dia berkata: "Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku." Maka Allah berfirman: "Hamba-Ku telah melakukan suatu dosa, lalu dia mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa, lantas menutupi dan memaafkannya, atau menghukum atas dosa tersebut. Sesungguhnya Aku telah mengampuni hamba-Ku, maka biarlah dia melakukan apa sahaja yang dikehendakinya selagi mana setiap kali dia berdosa, dia meninggalkan dosa tersebut, berasa menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya, namun dia dikalahkan oleh hawa nafsunya lalu terjerumus kembali ke dalam dosa itu sekali lagi. Maka selagi mana dia terus berkeadaan sedemikian; berdosa dan bertaubat, nescaya Aku akan sentiasa mengampuninya, kerana sesungguhnya taubat itu menghapuskan dosa-dosa yang sebelumnya."

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Keluasan rahmat Allah terhadap hamba-hamba-Nya, dan sesungguhnya manusia itu walau sebanyak mana pun dia berdosa dan walau apa jua yang telah dilakukannya, apabila dia bertaubat dan kembali kepada-Nya, nescaya Allah akan menerima taubatnya.

Orang yang beriman kepada Allah Taala mengharapkan keampunan Tuhannya dan takut akan seksaan-Nya, lalu dia bersegera untuk bertaubat dan tidak berterusan melakukan maksiat.

Syarat sah taubat: Meninggalkan dosa, menyesali dosa tersebut, dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Jika taubat itu melibatkan hak orang lain—baik berupa harta, maruah, mahupun nyawa—maka ditambah syarat keempat, iaitu: memohon kehalalan daripada yang berhak, atau mengembalikan hak kepadanya.

Kepentingan ilmu tentang Allah yang menjadikan seorang hamba mengetahui urusan agamanya, lalu dia bertaubat setiap kali melakukan kesilapan, maka dia tidak berputus asa dan tidak berterusan melakukannya.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (9/ 145) (7507).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2112) (2758).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (9/ 145) (7507).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2112) (2758).

Maklumat tambahan (10)

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (1/ 383).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 493).

النهاية في غريب الحديث والأثر.

لابن الأثير(674).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (1/ 383).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 493).

النهاية في غريب الحديث والأثر.

لابن الأثير(674).