"Sesiapa yang mengucapkan: Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya, dalam sehari sebanyak seratus kali, maka akan digugurkan dosa-dosanya, sekalipun ia seperti buih di lautan"
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
«Sesiapa yang mengucapkan: Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya, dalam sehari sebanyak seratus kali, maka akan digugurkan dosa-dosanya, sekalipun ia seperti buih di lautan».
«مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ».
Nabi SAW mengkhabarkan bahawa sesiapa yang mengucapkan: «Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya» dalam sehari sebanyak seratus kali; maka akan dihapuskan dosa-dosanya dan diampuni, sekalipun ia banyak seperti buih putih yang timbul di permukaan lautan ketika berombak dan bergelora.
Ganjaran ini diperoleh oleh sesiapa yang mengucapkannya dalam sehari secara berturut-turut atau berasingan.
Tasbih: Menyucikan Allah SWT daripada kekurangan, dan Tahmid: Menyifatkan-Nya dengan kesempurnaan berserta kasih sayang dan penghormatan.
Yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah pengampunan dosa-dosa kecil, manakala dosa-dosa besar mesti disertai dengan taubat.
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 86) (6405).
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2071) (2691).
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 86) (6405).
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2071) (2691).
Maklumat tambahan (16)
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 535).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 401).
فتح ذي الجلال والإكرام.
لابن عثيمين (6/ 470).
سبل السلام بشرح بلوغ المرام.
للصنعاني (2/ 704).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 535).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 401).
فتح ذي الجلال والإكرام.
لابن عثيمين (6/ 470).
سبل السلام بشرح بلوغ المرام.
للصنعاني (2/ 704).