Skip to content

“Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.”

Daripada Al-Miqdām bin Ma‘dī Karib رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ, beliau bersabda:

“Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.”

«إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ».

Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi, Imam Ahmad dan al-Nasa'i dalam al-Sunan al-Kubra
Sahih
Syarahan

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan salah satu sebab yang menguatkan hubungan antara orang mukmin dan menyebarkan kasih sayang sesama mereka, iaitu apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.

Antara faedah daripada hadis ini:

Keutamaan cinta yang ikhlas kepada Allah Taala, bukan kerana mengharapkan sebarang kepentingan duniawi.

Galakan untuk memberitahu orang yang dicintai kerana Allah tentang cinta kepadanya, agar bertambah cinta dan keakraban.

Menyebarkan kasih sayang antara mukmin mengukuhkan persaudaraan iman dan memelihara masyarakat daripada perpecahan dan perselisihan.

Sumber

Sunan Abī Dāwūd (7/ 444) (5124).

Sunan al-Tirmidhī (4/ 199) (2392).

Al-Sunan al-Kubrā; al-Nasā’ī (9/ 87) (9963).

Musnad Aḥmad (28/ 408) (17171).

Maklumat tambahan (12)

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 450).

تطريز رياض الصالحين.

لفيصل المبارك (ص258).

رياض الصالحين للنووي.

(ص138) (383).

سلسلة الأحاديث الصحيحة وشيء من فقهها وفوائدها.

للألباني (1/ 777).

فيض القدير شرح الجامع الصغير.

للمناوي (1/ 247).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (6/ 279).