Skip to content

Tidak ada seorang hamba pun yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia meninggal dunia dalam keadaan mengkhianati rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.

Daripada Ma'qil bin Yasar al-Muzani RA, beliau berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

""Tidak ada seorang hamba yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia meninggal dunia pada hari kematiannya dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.""

«مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa setiap orang yang dijadikan oleh Allah ﷻ sebagai pemimpin dan penanggungjawab ke atas manusia, sama ada kepimpinan umum seperti pemerintah, atau kepimpinan khusus seperti seorang lelaki di rumahnya dan seorang wanita di rumahnya, lalu dia mencuaikan hak orang di bawah jagaannya, menipu serta tidak bersikap tulus kepada mereka, lantas mensia-siakan hak-hak keagamaan dan keduniaan mereka, maka sesungguhnya dia berhak menerima hukuman yang berat ini.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Ancaman ini bukanlah khusus bagi Imam al-A'zam dan para wakilnya, bahkan ia meliputi setiap hamba yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga rakyat di bawah pimpinannya.

Menjadi kewajiban bagi setiap orang yang diberikan tanggungjawab menguruskan sebarang urusan umat Islam untuk bersikap tulus ikhlas terhadap mereka, berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah, dan berwaspada daripada perbuatan khianat.

Besarnya tanggungjawab setiap orang yang memegang kepimpinan umum atau khusus, besar atau kecil.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (9/ 64) (7150).

Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 125) (142).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (9/ 64) (7150).

Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 125) (142).

Maklumat tambahan (12)

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 706).

فيض القدير شرح الجامع الصغير.

للمناوي (5/ 488).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (1/ 543).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 706).

فيض القدير شرح الجامع الصغير.

للمناوي (5/ 488).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (1/ 543).