Skip to content

"Semoga Allah merahmati seseorang yang bermudah-mudah apabila menjual, membeli, dan menuntut haknya."

Daripada Jabir RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

"Semoga Allah merahmati seseorang yang bermudah-mudah apabila menjual, membeli, dan menuntut haknya."

«رَحِمَ اللهُ رَجُلًا سَمْحًا إِذَا بَاعَ، وَإِذَا اشْتَرَى، وَإِذَا اقْتَضَى».

Riwayat al-Bukhari
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ mendoakan rahmat bagi setiap orang yang bertolak ansur, dermawan lagi pemurah dalam jualannya; Maka janganlah menyusahkan pembeli dari sudut harga, dan layanilah dia dengan akhlak yang baik, Bertolak ansur dan pemurah apabila membeli; tidak merendah-rendahkan dan mengurangkan nilai barangan, Bersikap mudah, pemurah dan dermawan apabila menuntut pelunasan hutang. Tidak menyusahkan orang fakir dan yang memerlukan, bahkan menuntutnya dengan lemah lembut, serta memberi penangguhan kepada orang yang dalam kesusahan.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Antara tujuan syariat adalah memelihara kesejahteraan dalam hubungan sesama manusia.

Galakan untuk mengamalkan akhlak yang mulia dalam muamalat sesama manusia seperti urusan jual beli dan seumpamanya.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (3/ 57) (2076).

Maklumat tambahan (7)

نزهة المتقين (2/ 944).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (16/ 386).

منار القاري.

لحمزة محمد قاسم (3/ 258).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (5/ 405).