Skip to content
70 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

30 daripada 70 kad

Kosongkan tapisan
“Orang yang membaca al-Quran secara terang-terangan adalah seperti orang yang bersedekah secara terang-terangan, dan orang yang membaca al-Quran secara sembunyi-sembunyi adalah seperti orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi.”
Sahih Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i
التصنيف الشرعيفضائل أعمال القلوب، آداب تلاوة القرآن الكريم، صدقة التطوعموضوعات الحديثتلاوة القرآن، صدقة التطوع، الإخلاص
«Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti».
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
التصنيف الشرعيفوائد ذكر الله عز وجل، الأذكار للأمور العارضة، توحيد الربوبية، الإسلامموضوعات الحديثالذِّكْر، الإيمان بالله تعالىمحاور التعريف بالإسلامدليل الخلق والإيجاد، شبهات حول وجود الله
"Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya."
Sahih Riwayat al-Bukhari
التصنيف الشرعيالغلو في الأنبياء، توحيد الألوهية، النبوة والرسالة، الإيمان بنبينا محمد صلى الله عليه وسلمموضوعات الحديثأهمية التوحيد، معنى شهادة أن محمدًا رسول الله، الشرك بالله وأقسامه، حقوق النبي ﷺمحاور التعريف بالإسلامالغلو في الأنبياء
Anas bin Malik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ menyampaikan kepada kami bahawa seorang lelaki bertanya: "Wahai Nabi Allah, bagaimana orang kafir akan dihimpunkan di atas mukanya?" Baginda bersabda: "Bukankah Tuhan yang telah menjalankannya di atas kedua-dua kakinya di dunia mampu untuk menjalankannya di atas mukanya pada hari kiamat?" Qatadah berkata: "Tentu sekali, demi kemuliaan Tuhan kami."
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
التصنيف الشرعيتوحيد الربوبية، تفسير الآيات، توحيد الأسماء والصفات، الحياة الآخرةموضوعات الحديثالإيمان باليوم الآخرمحاور التعريف بالإسلامالبعث بعد الموت
"Sebaik-baik zikir adalah 'La Ilaha Illallah', dan sebaik-baik doa adalah 'Alhamdulillah'."
Hasan Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa'i dalam al-Sunan al-Kubra, dan Ibn Majah
التصنيف الشرعيالأذكار المطلقة، أنواع الدعاءموضوعات الحديثالدعاء، الذِّكْر
"Orang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah orang yang membalas, tetapi orang yang menyambung tali persaudaraan ialah orang yang apabila tali persaudaraannya diputuskan, maka dia menyambungkannya."
Sahih Riwayat al-Bukhari
التصنيف الشرعيالمجتمع المسلم، فضائل صلة الأرحامموضوعات الحديثصلة الرحم
Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dua perkara yang mewajibkan itu?” Baginda bersabda: «Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka»
Sahih Riwayat Muslim
التصنيف الشرعيفضائل التوحيد، توحيد الألوهية، الشركموضوعات الحديثأهمية التوحيد، الشرك بالله وأقسامهمحاور التعريف بالإسلاموجوب إفراد الله بالعبادة، بطلان الشرك وصوره
"Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing yang kebingungan di antara dua kawanan, ia pergi kepada yang ini sekali dan kepada yang itu sekali."
Sahih Riwayat Muslim
التصنيف الشرعيالنفاقموضوعات الحديثأهمية التوحيد، الإخلاص