Skip to content
70 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

32 daripada 70 kad

Kosongkan tapisan
«Sesungguhnya Allah akan mengasingkan seorang lelaki daripada umatku di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, lalu dibentangkan di hadapannya sembilan puluh sembilan sijil (buku catatan amalan), setiap sijil panjangnya sejauh mata memandang. Kemudian Dia berfirman: Adakah kamu mengingkari sesuatu daripada catatan ini? Adakah para malaikat pencatat-Ku yang sentiasa menjaga telah menzalimimu? Maka dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku. Lalu Dia berfirman: Adakah kamu mempunyai sebarang alasan? Maka dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku. Lalu Dia berfirman: Bahkan, sesungguhnya kamu mempunyai satu kebaikan di sisi Kami, dan sesungguhnya tiada kezaliman ke atasmu pada hari ini. Lalu dikeluarkan sekeping kad yang tertera padanya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Maka Dia berfirman: Saksikanlah penimbangan amalmu. Lalu dia berkata: Wahai Tuhanku, apalah nilainya kad ini berbanding sijil-sijil ini? Maka Dia berfirman: Sesungguhnya kamu tidak akan dizalimi. Baginda bersabda: Maka diletakkanlah sijil-sijil itu pada satu piring neraca, dan kad itu pada piring neraca yang satu lagi, lalu melayang ringalah sijil-sijil itu dan memberatlah kad itu. Maka tiada suatu apa pun yang dapat menandingi berat nama Allah».
Sahih Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah
التصنيف الشرعيفضائل التوحيد، الحياة الآخرةموضوعات الحديثأهمية التوحيد، سعة فضل الله عز وجل، الإيمان باليوم الآخرمحاور التعريف بالإسلامالحساب، النجاة بالدخول في الإسلام
Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, Ibn Jud‘an semasa jahiliah dia menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Baginda bersabda: “Tidak bermanfaat, kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
Sahih Riwayat Muslim
التصنيف الشرعيفضائل التوحيد، الكفرموضوعات الحديثأهمية التوحيد، الشرك بالله وأقسامه، الكفر وأنواعه، الإيمان باليوم الآخرمحاور التعريف بالإسلاملا يقبل الله غير دين الإسلام، النجاة بالدخول في الإسلام
"Apabila Allah menetapkan seorang hamba akan mati di sesebuah negeri, Dia akan menjadikan untuknya satu urusan di sana."
Sahih Riwayat al-Tirmizi
التصنيف الشرعيالموت وأحكامه، الإيمان بالقضاء والقدرموضوعات الحديثالإيمان بالقدر خيره وشرهمحاور التعريف بالإسلامحقيقة الموت
Nabi ﷺ menyebutkan sesuatu, lalu baginda bersabda: “Itu berlaku ketika waktu hilangnya ilmu” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana ilmu boleh hilang, sedangkan kita membaca al-Quran dan mengajarkannya kepada anak-anak kita, dan anak-anak kita pula mengajarkannya kepada anak-anak mereka sehinggalah hari Kiamat?” Baginda bersabda: “Celaka engkau, Ziyad! Sesungguhnya aku menganggapmu antara lelaki yang paling faqih di Madinah. Bukankah kaum Yahudi dan Nasrani ini membaca Taurat dan Injil, tetapi mereka tidak mengamalkan sedikit pun daripada apa yang terkandung di dalam kedua-duanya?!”
Sahih Lighayrih Riwayat Ibn Majah
التصنيف الشرعيفضل العلم، فضائل أعمال القلوب، فضائل أعمال الجوارح، أشراط الساعةموضوعات الحديثأشراط الساعة
“Allah telah menulis takdir makhluk sebelum Dia menciptakan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, sedang Arasy-Nya berada di atas air.”
Sahih Riwayat Muslim
التصنيف الشرعيالإيمان بالقضاء والقدر، توحيد الأسماء والصفاتموضوعات الحديثالإيمان بالقدر خيره وشره
Ahli Kitab biasa membaca Taurat dalam bahasa Ibrani, dan mentafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang Islam, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan katakanlah: {Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami} [Al-Baqarah: 136] ayat tersebut.”
Sahih Riwayat al-Bukhari
التصنيف الشرعيتفسير الآيات، الكتب السابقةموضوعات الحديثالقرآن وعلومه، الإيمان بالكتب السماوية
Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: Wahai Rasulullah, tiada dosa kecil mahupun besar yang tidak aku lakukan. Baginda bersabda: «Bukankah kamu bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah?» sebanyak tiga kali. Dia menjawab: “Ya.” Baginda bersabda: «Maka sesungguhnya ia akan menghapuskan semua itu.»
Sahih Riwayat Abu Ya`la, al-Tabarani dan al-Dhiya' al-Maqdisi
التصنيف الشرعيفضائل التوحيد، الإيمان بالله عز وجل، الإيمان بنبينا محمد صلى الله عليه وسلمموضوعات الحديثأهمية التوحيد، سعة فضل الله عز وجل، الإيمان بالرسل عليهم السلاممحاور التعريف بالإسلامفوائد الدخول في الإسلام، النجاة بالدخول في الإسلام، النطق بالشهادتين
"Telagaku seluas perjalanan sebulan, airnya lebih putih daripada susu, dan baunya lebih harum daripada kasturi, dan bekas-bekas minumannya seperti bintang-bintang di langit, sesiapa yang minum daripadanya tidak akan dahaga selama-lamanya."
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
التصنيف الشرعيالحياة الآخرةموضوعات الحديثالإيمان باليوم الآخر