"Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga."
Daripada Sahl bin Sa‘d RA, daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda:
"Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga."
«مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ».
Nabi صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan tentang dua perkara, yang jika seorang Muslim berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka dia akan masuk syurga, Pertama: Menjaga lidah daripada berkata perkara yang memurkai Allah Taala, Kedua: Menjaga kemaluan daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji; Kerana kedua-dua anggota ini adalah punca banyak berlakunya maksiat.
...:
Menjaga lidah dan kemaluan adalah jalan memasuki syurga.
Lidah dan kemaluan dikhususkan; kerana kedua-duanya adalah sumber bala terbesar bagi manusia di dunia dan akhirat.
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 100) (6474).
Maklumat tambahan (11)
بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.
تأليف سليم الهلالي (3/ 9).
نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.
تأليف د.
مصطفى الخِن وغيره (2/ 1035).
كنوز رياض الصالحين.
لمجموعة من الباحثين (18/ 85).
شرح رياض الصالحين.
لابن عثيمين (6/ 117).
إرشاد الساري لشرح صحيح البخاري.
للقسطلاني (9/ 272).