Skip to content

Dua kalimah yang ringan di lidah, berat dalam timbangan, dan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

"«Dua kalimah yang ringan di lidah, berat dalam timbangan, dan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih: Subhanallahil 'Azim, Subhanallahi wa bihamdih»."

«كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ: سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ، سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi SAW mengkhabarkan tentang dua kalimah yang diucapkan oleh manusia tanpa kesukaran dan dalam setiap keadaan, dan bahawa pahala kedua-duanya sangat besar dalam timbangan, serta Tuhan kita Yang Maha Pengasih, Tabaraka wa Ta'ala, mengasihi kedua-duanya: Maha Suci Allah Yang Maha Agung, Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya; kerana kedua-duanya mengandungi penyifatan Allah dengan keagungan dan kesempurnaan, serta mensucikan-Nya daripada segala kekurangan, Tabaraka wa Ta'ala.

Makna Perkataan

.....:

Antara faedah daripada hadis ini:

Zikir yang paling agung adalah apabila dihimpunkan di dalamnya antara menyucikan Allah dan memuji-Nya.

Penjelasan tentang keluasan rahmat Allah terhadap hamba-hamba-Nya, sesungguhnya Dia membalas amalan yang sedikit dengan pahala yang besar.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 86) (6406).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2072) (2694).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 86) (6406).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2072) (2694).

Maklumat tambahan (8)

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 480).

فتح ذي الجلال والإكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (6/ 519).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 480).

فتح ذي الجلال والإكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (6/ 519).