Skip to content
157 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

2 daripada 157 kad

Kosongkan tapisan
Filter
Pick a property to filter by
الفئة المستهدفة1
حجم المحتوى1
التصنيفات اليومية1
التخريج المتعدد1
التصنيف العقدي2

Darjat hadis

Daripada Nabi SAW, menerusi apa yang diriwayatkan daripada Tuhannya 'Azza wa Jalla, baginda bersabda: "Seorang hamba melakukan suatu dosa, lalu dia berkata: 'Ya Allah, ampunilah dosaku.' Maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: 'Hamba-Ku melakukan suatu dosa, lalu dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum atas dosa tersebut.' Kemudian dia kembali melakukan dosa, lalu dia berkata: 'Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.' Maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: 'Hamba-Ku melakukan suatu dosa, lalu dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum atas dosa tersebut.' Kemudian dia kembali melakukan dosa, lalu dia berkata: 'Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.' Maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: 'Hamba-Ku melakukan suatu dosa, lalu dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum atas dosa tersebut. Berbuatlah apa yang engkau kehendaki, maka sesungguhnya Aku telah mengampunimu.'"
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
التصنيف الشرعيفضل الدعاء، التوبةموضوعات الحديثالدعاء، سعة فضل الله عز وجل، التوبةمحاور التعريف بالإسلامصفات الله تعالى
""Tuhan kita Tabaraka wa Ta'ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang terakhir, lalu Dia berfirman: 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan baginya. Sesiapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku berikan kepadanya. Sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka Aku ampunkan baginya.'""
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
التصنيف الشرعيفضل الدعاء، أنواع الدعاء، أسباب إجابة الدعاء وموانعه، قيام الليل، توحيد الأسماء والصفاتموضوعات الحديثالدعاء، سعة فضل الله عز وجل، قيام الليل