Skip to content

«Apabila seorang hamba sakit atau dalam perjalanan, maka akan dicatatkan untuknya (pahala) seumpama amalan yang biasa dilakukannya ketika dia menetap dan sihat».

Daripada Abu Musa al-Asy'ari رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

«Apabila seorang hamba sakit atau dalam perjalanan, maka akan dicatatkan untuknya (pahala) seumpama amalan yang biasa dilakukannya ketika dia menetap dan sihat».

«إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا».

Riwayat al-Bukhari
Sahih
Syarahan

Nabi صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan tentang kurnia dan rahmat Allah, bahawa apabila seorang Muslim yang lazim melakukan suatu amalan soleh ketika sihat dan bermukim, kemudian dia mendapat keuzuran lalu jatuh sakit sehingga tidak mampu melakukannya, atau sibuk kerana bermusafir, atau sebarang keuzuran lain; maka dicatatkan untuknya pahala yang sempurna, sepertimana jika dia melakukannya ketika sihat dan bermukim.

Antara faedah daripada hadis ini:

Luasnya pemberian Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Galakan untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan dan memanfaatkan waktu ketika sihat dan lapang.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (4/ 57) (2996).

Maklumat tambahan (6)

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (1/ 36).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 211).

بهجة قلوب الأبرار وقرة عيون الأخيار في شرح جوامع الأخبار.

لعبد الرحمن السعدي (ص83).