Skip to content
70 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

64 daripada 70 kad

Kosongkan tapisan
Aku berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan amalan-amalan yang aku lakukan pada zaman jahiliah seperti bersedekah, memerdekakan hamba, dan menyambung silaturahim, adakah aku akan mendapat pahala daripadanya?” Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Engkau memeluk Islam beserta kebaikan yang telah engkau lakukan dahulu.”
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah seorang daripada kami mendapati sesuatu dalam dirinya, yang mana dia lebih suka menjadi arang daripada memperkatakannya." Baginda bersabda: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah."
Sahih Riwayat Abu Dawud dan al-Nasa'i dan al-Sunan al-Kubra
«Ketahuilah, jangan-jangan akan ada seorang lelaki yang sampai kepadanya hadis daripadaku, sedang dia bersandar di atas kerusi empuknya, lalu berkata: “Pegangan antara kami dan kamu ialah Kitabullah, apa sahaja yang kami dapati halal di dalamnya, kami halalkannya, dan apa sahaja yang kami dapati haram di dalamnya, kami haramkannya.” Dan sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah ﷺ adalah sama seperti apa yang diharamkan oleh Allah».
Sahih Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibn Majah
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala", Allah melaknat suatu kaum yang menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid."
Sahih Riwayat Imam Ahmad
"Api kamu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian dari api neraka Jahannam.” Lalu ditanyakan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ia (api dunia) sudah pun mencukupi.” Baginda bersabda: “Ia telah dilebihkan ke atasnya dengan 69 bahagian, yang mana kesemuanya adalah sama panasnya.”"
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
"Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya amalan meminum arak, sedikitnya kaum lelaki dan ramainya kaum wanita, sehinggakan bagi lima puluh orang wanita, penjaganya hanyalah seorang lelaki."
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
"Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci."
Sahih Riwayat al-Bukhari
Allah SWT berfirman: "Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya."
Sahih Riwayat Muslim