Skip to content
70 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

2 daripada 70 kad

Kosongkan tapisan
Filter
Pick a property to filter by
الفئة المستهدفة1
حجم المحتوى4
التخريج المتعدد3
حجم المحتوى: طويل
«Sesungguhnya Allah akan mengasingkan seorang lelaki daripada umatku di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, lalu dibentangkan di hadapannya sembilan puluh sembilan sijil (buku catatan amalan), setiap sijil panjangnya sejauh mata memandang. Kemudian Dia berfirman: Adakah kamu mengingkari sesuatu daripada catatan ini? Adakah para malaikat pencatat-Ku yang sentiasa menjaga telah menzalimimu? Maka dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku. Lalu Dia berfirman: Adakah kamu mempunyai sebarang alasan? Maka dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku. Lalu Dia berfirman: Bahkan, sesungguhnya kamu mempunyai satu kebaikan di sisi Kami, dan sesungguhnya tiada kezaliman ke atasmu pada hari ini. Lalu dikeluarkan sekeping kad yang tertera padanya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Maka Dia berfirman: Saksikanlah penimbangan amalmu. Lalu dia berkata: Wahai Tuhanku, apalah nilainya kad ini berbanding sijil-sijil ini? Maka Dia berfirman: Sesungguhnya kamu tidak akan dizalimi. Baginda bersabda: Maka diletakkanlah sijil-sijil itu pada satu piring neraca, dan kad itu pada piring neraca yang satu lagi, lalu melayang ringalah sijil-sijil itu dan memberatlah kad itu. Maka tiada suatu apa pun yang dapat menandingi berat nama Allah».
Sahih Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah
التصنيف الشرعيفضائل التوحيد، الحياة الآخرةموضوعات الحديثأهمية التوحيد، سعة فضل الله عز وجل، الإيمان باليوم الآخرمحاور التعريف بالإسلامالحساب، النجاة بالدخول في الإسلام
“Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua belah sisi jalan itu terdapat dua dinding, yang padanya terdapat pintu-pintu yang terbuka, dan pada pintu-pintu itu ada tirai-tirai yang dilabuhkan. Di pintu jalan itu ada seorang penyeru yang berkata: ‘Wahai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke jalan ini, dan janganlah kamu menyimpang.’ Dan ada seorang penyeru yang menyeru dari atas jalan itu. Apabila seseorang ingin membuka salah satu daripada pintu-pintu itu, penyeru itu akan berkata: ‘Celaka kamu! Jangan membukanya, kerana sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya.’ Jalan itu ialah Islam, kedua-dua dinding itu ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka ialah perkara-perkara yang diharamkan Allah, penyeru yang berada di permulaan jalan itu ialah Kitab Allah, dan penyeru dari atas jalan itu ialah penasihat daripada Allah di dalam hati setiap Muslim.”
Sahih Riwayat al-Tirmizi dan Imam Ahmad
التصنيف الشرعيوصف القرآن وفضائله، أعمال القلوب، ذم المعاصي، ذَمُّ الهوى والشَّهوات، الإسلامموضوعات الحديثالكبائر والمحرمات، تعظيم شعائر الله وحرماته، التقوىمحاور التعريف بالإسلامالإسلام هو الدين الحق