Skip to content
70 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

23 daripada 70 kad

Kosongkan tapisan
Telah ditanya: "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling beruntung dengan syafaatmu pada hari kiamat?" Rasulullah ﷺ bersabda: "Sungguh aku telah menyangka, wahai Abu Hurairah, bahawa tiada sesiapa yang akan bertanya kepadaku tentang hadis ini sebelummu, kerana aku melihat kesungguhanmu terhadap hadis. Manusia beruntung yang mendapat syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengakui tiada yang berhak disembah selain Allah, tulus murni daripada jiwanya."
Sahih Riwayat al-Bukhari
التصنيف الشرعيالصحابة وفضلهم، فضل العلم، فضائل التوحيد، آداب العالم والمتعلم، توحيد الألوهيةموضوعات الحديثالحث على طلب العلم، الشفاعة، الإخلاصمحاور التعريف بالإسلامالنجاة بالدخول في الإسلام
«Sesungguhnya Allah akan mengasingkan seorang lelaki daripada umatku di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, lalu dibentangkan di hadapannya sembilan puluh sembilan sijil (buku catatan amalan), setiap sijil panjangnya sejauh mata memandang. Kemudian Dia berfirman: Adakah kamu mengingkari sesuatu daripada catatan ini? Adakah para malaikat pencatat-Ku yang sentiasa menjaga telah menzalimimu? Maka dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku. Lalu Dia berfirman: Adakah kamu mempunyai sebarang alasan? Maka dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku. Lalu Dia berfirman: Bahkan, sesungguhnya kamu mempunyai satu kebaikan di sisi Kami, dan sesungguhnya tiada kezaliman ke atasmu pada hari ini. Lalu dikeluarkan sekeping kad yang tertera padanya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Maka Dia berfirman: Saksikanlah penimbangan amalmu. Lalu dia berkata: Wahai Tuhanku, apalah nilainya kad ini berbanding sijil-sijil ini? Maka Dia berfirman: Sesungguhnya kamu tidak akan dizalimi. Baginda bersabda: Maka diletakkanlah sijil-sijil itu pada satu piring neraca, dan kad itu pada piring neraca yang satu lagi, lalu melayang ringalah sijil-sijil itu dan memberatlah kad itu. Maka tiada suatu apa pun yang dapat menandingi berat nama Allah».
Sahih Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah
التصنيف الشرعيفضائل التوحيد، الحياة الآخرةموضوعات الحديثأهمية التوحيد، سعة فضل الله عز وجل، الإيمان باليوم الآخرمحاور التعريف بالإسلامالحساب، النجاة بالدخول في الإسلام
Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, Ibn Jud‘an semasa jahiliah dia menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Baginda bersabda: “Tidak bermanfaat, kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
Sahih Riwayat Muslim
التصنيف الشرعيفضائل التوحيد، الكفرموضوعات الحديثأهمية التوحيد، الشرك بالله وأقسامه، الكفر وأنواعه، الإيمان باليوم الآخرمحاور التعريف بالإسلاملا يقبل الله غير دين الإسلام، النجاة بالدخول في الإسلام
Lima hari sebelum Nabi SAW wafat, saya mendengar baginda bersabda: “Sesungguhnya saya berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan antara kalian seorang kekasih, kerana sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan saya kekasih-Nya sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya. Seandainya saya hendak melantik seorang kekasih dalam kalangan umat saya, tentulah saya melantik Abu Bakar sebagai kekasih. Ingatlah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai tempat ibadah. Oleh itu, janganlah kamu menjadikan kubur-kubur sebagai masjid. Saya melarang kalian daripada itu.”
Sahih Riwayat Muslim
التصنيف الشرعيالصحابة وفضلهم، أحكام المساجد، توحيد الألوهية، الخصائص النبويةموضوعات الحديثاتخاذ القبور مساجد، حقوق النبي ﷺ، الصحابة رضي الله عنهممحاور التعريف بالإسلامبطلان الشرك وصوره، الغلو في الأنبياء
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa, dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya di dalam neraka."
Sahih Riwayat al-Bukhari
التصنيف الشرعيفضل الدعوة إلى الله وأحكامها، قصص وأحوال الأمم السابقة، أهمية السنة ومكانتهاموضوعات الحديثنشر العلم بالدعوة إلى الله، الدعوة إلى الله، الكذب على الله ورسوله
Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: Wahai Rasulullah, tiada dosa kecil mahupun besar yang tidak aku lakukan. Baginda bersabda: «Bukankah kamu bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah?» sebanyak tiga kali. Dia menjawab: “Ya.” Baginda bersabda: «Maka sesungguhnya ia akan menghapuskan semua itu.»
Sahih Riwayat Abu Ya`la, al-Tabarani dan al-Dhiya' al-Maqdisi
التصنيف الشرعيفضائل التوحيد، الإيمان بالله عز وجل، الإيمان بنبينا محمد صلى الله عليه وسلمموضوعات الحديثأهمية التوحيد، سعة فضل الله عز وجل، الإيمان بالرسل عليهم السلاممحاور التعريف بالإسلامفوائد الدخول في الإسلام، النجاة بالدخول في الإسلام، النطق بالشهادتين
Rasulullah ﷺ bersabda kepada bapa saudaranya: “Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan bersaksi untukmu dengannya pada Hari Kiamat.” Dia berkata: “Kalaulah bukan kerana kaum Quraisy akan mencelaku, dengan berkata: ‘Sesungguhnya yang mendorongnya berbuat demikian hanyalah kerana ketakutan (menghadapi kematian),’ nescaya aku akan mengucapkannya untuk menyenangkan hatimu.” Lalu Allah menurunkan firman-Nya: {Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki} [al-Qasas: 56].
Sahih Riwayat Muslim
التصنيف الشرعيأسباب النزول، فضائل التوحيد، فضل الدعوة إلى الله وأحكامها، العهد المكي بعد بعثته صلى الله عليه وسلم، الإيمان بالقضاء والقدر، توحيد الألوهية، الإسلامموضوعات الحديثالدعوة إلى الله، أهمية التوحيد، معنى «شهادة أن لا إله إلا الله»محاور التعريف بالإسلامفوائد الدخول في الإسلام، الخوف من نظرة الناس، النطق بالشهادتين