Skip to content
157 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

2 daripada 157 kad

Kosongkan tapisan
Filter
Pick a property to filter by
الفئة المستهدفة1
حجم المحتوى2
التخريج المتعدد3

Darjat hadis

Rasulullah ﷺ ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, lalu Baginda bersabda: "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Dan Baginda ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, lalu Baginda bersabda: "Mulut dan kemaluan."
Hasan Sahih Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan Imam Ahmad
التصنيف الشرعيالأخلاق الحميدة، أعمال القلوب، ذم المعاصي، صفات الجنة والنارموضوعات الحديثالزنا، اللواط، حفظ اللسان، حسن الخلق، التقوىمحاور التعريف بالإسلاممحاسن الأخلاق
“Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua belah sisi jalan itu terdapat dua dinding, yang padanya terdapat pintu-pintu yang terbuka, dan pada pintu-pintu itu ada tirai-tirai yang dilabuhkan. Di pintu jalan itu ada seorang penyeru yang berkata: ‘Wahai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke jalan ini, dan janganlah kamu menyimpang.’ Dan ada seorang penyeru yang menyeru dari atas jalan itu. Apabila seseorang ingin membuka salah satu daripada pintu-pintu itu, penyeru itu akan berkata: ‘Celaka kamu! Jangan membukanya, kerana sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya.’ Jalan itu ialah Islam, kedua-dua dinding itu ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka ialah perkara-perkara yang diharamkan Allah, penyeru yang berada di permulaan jalan itu ialah Kitab Allah, dan penyeru dari atas jalan itu ialah penasihat daripada Allah di dalam hati setiap Muslim.”
Sahih Riwayat al-Tirmizi dan Imam Ahmad
التصنيف الشرعيوصف القرآن وفضائله، أعمال القلوب، ذم المعاصي، ذَمُّ الهوى والشَّهوات، الإسلامموضوعات الحديثالكبائر والمحرمات، تعظيم شعائر الله وحرماته، التقوىمحاور التعريف بالإسلامالإسلام هو الدين الحق