Skip to content
70 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

37 daripada 70 kad

Kosongkan tapisan

Darjat hadis

"Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka."
Sahih Riwayat Muslim
"Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat seterusnya, dan Ramadan ke Ramadan seterusnya adalah penghapus dosa-dosa yang ada di antara kedua-duanya, selagi mana dijauhi daripada dosa-dosa besar."
Sahih Riwayat Muslim
"Kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu memerangi orang Yahudi, sehingga batu yang di belakangnya ada seorang Yahudi berkata: Wahai Muslim, ini seorang Yahudi di belakangku, maka bunuhlah dia."
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
"Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tidak berkata buruk, dan tidak melakukan maksiat, maka dia kembali seperti hari dilahirkan oleh ibunya."
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
"Adakah salah seorang antara kamu suka apabila pulang kepada keluarganya, dia mendapati tiga ekor unta bunting yang besar lagi gemuk?" Kami menjawab: "Ya." Baginda bersabda: "Maka tiga ayat yang dibaca oleh salah seorang antara kamu dalam solatnya adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta bunting yang besar lagi gemuk."
Sahih Riwayat Muslim
Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, Ibn Jud‘an semasa jahiliah dia menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Baginda bersabda: “Tidak bermanfaat, kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
Sahih Riwayat Muslim
Lima hari sebelum Nabi SAW wafat, saya mendengar baginda bersabda: “Sesungguhnya saya berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan antara kalian seorang kekasih, kerana sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan saya kekasih-Nya sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya. Seandainya saya hendak melantik seorang kekasih dalam kalangan umat saya, tentulah saya melantik Abu Bakar sebagai kekasih. Ingatlah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai tempat ibadah. Oleh itu, janganlah kamu menjadikan kubur-kubur sebagai masjid. Saya melarang kalian daripada itu.”
Sahih Riwayat Muslim
"Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin."
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.