Skip to content
70 Hadiths

Encyclopedia of Prophetic Hadiths

Tapis hasil

12 daripada 70 kad

Kosongkan tapisan
"Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan." Para sahabat bertanya: "Apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan-perempuan baik yang beriman dan tidak berdosa."
Sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
"Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka."
Sahih Riwayat Muslim
"Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh, atau untuk menarik perhatian dalam majlis-majlis. Sesiapa yang melakukan demikian, maka nerakalah, nerakalah."
Sahih Riwayat Ibn Majah
“Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua belah sisi jalan itu terdapat dua dinding, yang padanya terdapat pintu-pintu yang terbuka, dan pada pintu-pintu itu ada tirai-tirai yang dilabuhkan. Di pintu jalan itu ada seorang penyeru yang berkata: ‘Wahai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke jalan ini, dan janganlah kamu menyimpang.’ Dan ada seorang penyeru yang menyeru dari atas jalan itu. Apabila seseorang ingin membuka salah satu daripada pintu-pintu itu, penyeru itu akan berkata: ‘Celaka kamu! Jangan membukanya, kerana sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya.’ Jalan itu ialah Islam, kedua-dua dinding itu ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka ialah perkara-perkara yang diharamkan Allah, penyeru yang berada di permulaan jalan itu ialah Kitab Allah, dan penyeru dari atas jalan itu ialah penasihat daripada Allah di dalam hati setiap Muslim.”
Sahih Riwayat al-Tirmizi dan Imam Ahmad